Bajet 2026: Pendidikan percuma PTPN libat 5,800 anak keluarga miskin di IPTA 

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 9:53 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan pendidikan percuma menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA, melibatkan peruntukan RM120 juta setahun mulai 2026.

Perdana Menteri merangkap Kementerian Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2026 berkata, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah.

“Ini memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun,’’ katanya.

Beliau juga menegaskan, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.- 10 Oktober, 2025

The post Bajet 2026: Pendidikan percuma PTPN libat 5,800 anak keluarga miskin di IPTA  appeared first on Scoop.