Baju dedah pusat, Che Ta patut tegur Aaisyah

23 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Baju dedah pusat, Che Ta patut tegur Aaisyah

LAMA menyepi dari radar, tiba-tiba nama Rozita Che Wan atau Che Ta muncul dalam akaun media sosial Diva.

Ada beberapa konten media sosial yang seronok dilihat termasuk meraikan ulang tahun kelahiran menantu sulungnya, Auni baru-baru ini tapi ada subjek yang lebih menarik perhatian Diva iaitu anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Bukan video solekan tetapi penampilannya yang Diva anggap semakin meningkat remaja. Dalam sebuah video dimuat naik Che Ta, Aaisyah dilihat memakai baju-T berwarna putih singkat sehingga mendedahkan bahagian perutnya.

Bagi Diva mungkin nampak biasa sebab trend fesyen remaja zaman sekarang tetapi untuk segelintir orang, sedikit kurang manis dan dianggap seksi.

Tak salah pun nak berfikiran begitu sebab bukan semua orang dibesarkan dengan gaya hidup sebegitu. Ramai juga minta Che Ta bimbing dan beri nasihat kepada Aaisyah agar berpakaian lebih sopan selepas ini.

Tak salah menegur cuma Diva harap janganlah menghentam atau mengecam berlebih-lebihan anak kecil itu. Dia masih dalam proses membesar dan sedang belajar untuk hadam semua perkara, beri ruang dan peluang ya.

DIVA: Tidak boleh keras sangat dengan remaja zaman sekarang, ramai kuat memberontak.

The post Baju dedah pusat, Che Ta patut tegur Aaisyah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved