“Tak sempat ziarah ibu di Semenyih” – 3 Beranak M*ut Dirempuh Lori Imigresen

19 Aug 2026 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft lori imigresen

Anak saudara kepada Allahyarham Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, yang terlibat dalam kemalangan maut bersama dua anaknya, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12, yang maut dalam satu kemalangan melibatkan lori imigresen, berkata arwah ada menghubungi ibunya memberitahu dia sudah tiba ke KL.

Zadi Darfis, 39, berkata, makluman tersebut diterima oleh keluarga Allahyarham pada Selasa lepas, yang mana arwah dikatakan ingin menziarahi ibunya yang tinggal di Semenyih.

Artikel berkaitan : Lori Imigresen Didakwa Rempuh Pejalan Kaki & Kereta, 3 Beranak M*ut

Artikel berkaitan : Imigresen Henti Serta-merta Pasport Tempoh Sah Lebih 10 Tahun, Ini Sebabnya

“Arwah sempat hubungi kakak beritahu sudah sampai di Kuala Lumpur. Saya hanya mengetahui kejadian (kemalangan) ini selepas mentua telefon kira-kira jam 7.30 pagi tadi. Memang terkejut… selepas itu bila tengok Twitter, TikTok, baru nampak kes ini (tular).” 

Screenshot 2026 08 19 165302

Tambah Zahid lagi, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham semasa majlis perkahwinan anak sulungnya yang terletak di Kampar, Perak beberapa bulan lalu.

“Masa jumpa itu arwah macam biasa sahaja. Kejadian ini memang tak disangka.”

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua jenazah akan dibawa pulang ke Kampar untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu dalam satu liang lahad.

Screenshot 2026 08 19 165322

Untuk rekod, sekitar jam 1 pagi tadi, berlaku satu kemalangan yang melibatkan lori Isuzu Black Maria milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki yang juga merupakan satu keluarga di persimpangan lampu isyarat Maju Junction.

Tiga mangsa disahkan maut, manakala seorang lagi wanita berusia 55 tahun cedera dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved