Tujuh Lelaki, Seorang Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Pukul Di Johor Bahru

LocalPolitics
22 Apr 2025 • 3:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis telah menahan beberapa individu susulan kejadian seorang pemuda dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah sewa di Plentong, Johor dalam insiden yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, tangkapan dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada sabtu lalu dan permohonan reman terhadap kesemua suspek sedang diproses.

image is not available

Foto: Media Sosial

Sebelum ini, tular video menunjukkan seorang lelaki dipukul oleh antara lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius sehingga menerima sembilan jahitan dimana tiga di bahagian bibir kanan serta enam lagi di telinga kiri.

Difahamkan mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang menerima pesanan ringkas daripada seorang wanita yang dikenalinya pada petang Jumaat lalu, meminta agar dia menemaninya di rumah sewa tersebut.

Mangsa tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9.30 malam dan tidak lama selepas itu, tiga lelaki yang tidak dikenali hadir ke rumah berkenaan dan salah seorang daripadanya dipercayai membawa senjata.

image is not available

Foto: Media Sosial

Mereka kemudiannya disertai oleh tiga lelaki lain yang keluar dari sebuah bilik dan bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai, termasuk menggunakan objek seperti kayu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Plentong, Seri Alam pada jam 11.14 malam keesokan harinya.

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur perancangan dalam insiden tersebut.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved