Bakal Ada Konsert Di Malaysia, ONEUS Curi Hati Peminat Buat Trend ‘Alamak Raya Lagi’

Music
30 Apr 2024 • 10:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial, menampilkan kumpulan K-Pop terkenal, ONEUS yang mempromosikan KL Tour mereka menggunakan lagu Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan DeFam.

Menerusi akaun TikTok @rbw_oneus, kelihatan tiga daripada enam ahli ONEUS melakukan tarian lagu tersebut serta mengumumkan kedatangan mereka kepada TOMOONs bersempena konsert sulung di Malaysia.

@rbw_oneus

ONEUS is coming to Kuala Lumpur on 4 May 2024 at Zepp KL to begins the Debut Malaysia Concert, see you TOMOONs. Ticket available at BookMyShow, KLOOK, MoveTix. #원어스 #ONEUS #SembangEntertainment #Oneus2nd #OneusinMY #alamakrayalagichallenge

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Video tersebut telah memperoleh 545,9000 tontonan dan 108,000 tanda suka setelah empat hari dimuat naik menandakan peminat teruja dengan konsert yang akan datang.

Sementara itu, terdapat juga peminat tidak kering gusi melihat kumpulan kegemaran mereka ini melakukan trend tular di Malaysia dan seolah-olah bagaikan terkejut.

Siapa ajar ni?

image is not available

Dah sampai Korea!

image is not available

Full set baju Melayu please

image is not available

Korang ni random betul

image is not available

ONEUS akan mengadakan konsert debut mereka di Malaysia pada 4 Mei 2024 di Zepp KL, sebagai tanda terima kasih buat peminat yang menyokong mereka selama ini.

image is not available

Foto: StyleCaster

Untuk rekod, ONEUS ialah kumpulan lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan oleh RBW, terdiri daripada lima ahli iaitu Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion.

Pada asalnya kumpulan enam ahli, namun Ravn memilih untuk meninggalkan kumpulan pada Oktober 2022. ONEUS mempertaruhkan lagu debut pertama Light Us dan sehingga kini mereka sudah mempunyai lebih dari 10 album sepanjang enam tahun mencipta nama dalam industri.

Sumber: TikTok @rbw_oneus