Bakal Bergelar Suami, Danish Hakim Minta Nasihat Norman Hakim Soal Rumah Tangga - “Boleh Katakan Hampir…”

4 Nov 2026 • 7:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Bakal Bergelar Suami, Danish Hakim Minta Nasihat Norman Hakim Soal Rumah Tangga - “Boleh Katakan Hampir…”

Bakal berkahwin, anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim berkata dia banyak meminta nasihat mengenai rumah tangga daripada bapanya.  Menurut Danish, 23, kehidupannya hampir setiap hari dipenuhi dengan kata-kata nasihat dan tunjuk ajar daripasa bapanya.  “Saya banyak minta nasihat sudah tentu daripada bapa saya sendiri. Memang banyak nasihat yang diberikan, boleh katakan hampir setiap hari dia akan bagi.  “Kehidupan saya memang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar daripada bapa saya la,” kongsi Danish kepada Gempak.  Danish berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara CERUTTI 1881's new store concept with Aedy Ashraf di IOI City Mall, Putrajaya, pada Selasa.  Dalam pada itu, Danish memaklumkan persiapan majlis sudah lebih 80 peratus dan bersyukur dia mendapat sokongan daripada ahli keluarganya sepanjang proses nak berumah tangga.  “Persiapan majlis perkahwinan saya boleh katakan dah 80 peratus atau lebih daripada itu. Alhamdulillah dengan sokongan orang sekeliling terutama ahli keluarga.  “Tak bolehlah kalau 100 peratus persiapan diserahkan pada ahli keluarga saya kan. Saya seorang lelak dan saya yang nak kahwin denga pasangan saya.  “Jadi, saya kena la ambil bahagian juga dalam membuat persiapan. Cuma nak kata sokongan daripada ahli keluaga itu, Alhamdulillah memang besar,” ujarnya. Untuk info, Danish akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Shalinda di Singapura pada hujung tahun inj dan akan membuat majlis resepsi di Kuala Lumpur juga.  Terdahulu, Norman Hakim menerusi Instagram berkongsi persiapan majlis perkahwinan anak sulungnya, Danish Hakim, yang akan diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat sahaja. Ini merupakan pengalaman pertama Norman menguruskan majlis perkahwinan bersama anaknya, dengan bantuan isteri dan anak-anak perempuan serta perancang perkahwinan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved