Pelakon, Norman Hakim berkongsi perkembangan terkini persiapan majlis perkahwinan anak sulungnya, Danish Hakim yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Norman Hakim Sibuk Rancang Persiapan Kahwin Anak Lelaki
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman memaklumkan majlis perkahwinan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu bakal berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga, rakan terdekat serta pihak yang banyak membantu mereka.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurut Norman, ini merupakan pengalaman pertamanya menguruskan persiapan perkahwinan bersama anak sulungnya.
“Pengalaman pertama sebagai bapa bergandingan dengan putera sulung saya urus hal kahwin. Selain khidmat perancang perkahwinan, saya turut meminta isteri dan anak-anak perempuan untuk sama-sama membantu serta memberikan sokongan dalam fasa ketiga ini,” tulisnya.
Memey Dalam Fasa Berkabung
Dalam masa sama, Norman turut berkongsi bahawa persiapan perkahwinan itu menjadi antara cara untuk mengalihkan perhatian isterinya, Memey Suhaiza, yang masih berdepan kesedihan selepas kehilangan ibu tercinta baru-baru ini.
View this post on Instagram
Katanya, keadaan Memey masih rapuh dan mudah tersentuh apabila mempunyai ruang untuk bersendirian.
“Saya perlu memastikan mummy sentiasa sibuk kerana keadaannya masih fragilerag sejak pemergian ibu. Kalau ada ruang sunyi, dia akan cepat emosi dan menangis. In shaa Allah, dia memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih,” kongsinya.
Norman dalam masa sama berharap segala persiapan majlis dipermudahkan dan menjadi kenangan indah buat keluarga.
Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga bersama Memey pada September 2011 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Sebelum itu, Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada 2002 sebelum mereka bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Salam Takziah Buat 'Scalper'" - Khairul Aming Perkenal Sistem Tempahan Baharu Rembayung, Ramai Tak Sabar Nak Tempah
The post “Majlis Di KL Sebelah Saya Jemput…” – Norman Hakim Teruja Rancang Persiapan Kahwin Anak Lelaki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





