Bakal Berkahwin Tapi Kim Seri Tak Lupa Fasal Hutang, Janji Bayar Balik - “Saya Mohon Sedikit Masa Tambahan Untuk Selesaikan…”

14 Apr 2025 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Susulan menerima kritikan selepas berita mengenai dirinya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka Korea, Choi Amin, personaliti media sosial, Kim Seri tampil memberikan penjelasan.

 

Faham kegusaran 

Menurut Seri, dia memahami kegusaran pelanggan yang menantikan pembayaran balik pakej pelancongan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Sukar untuk saya meluahkan semuanya dalam satu masa, kerana banyak perkara berlaku serentak. Semua usaha perniagaan saya telah runtuh dan hilang tanpa diduga,"  maklumnya menerusi Insta Story.
 

Perlu sedikit masa tambahan


Namun katanya, dia tidak akan lari sebaliknya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan perkara tersebut.
 

“Saya benar-benar memerlukan masa dan ruang untuk pulih, membina semula apa yang telah hilang, dan bertanggungjawab dengan mengatur bayaran balik yang diperlukan.

“Berkenaan dengan perjalanan yang dibatalkan, saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon pengertian daripada pihak tuan dan memohon sedikit masa tambahan untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.

“Untuk sebarang kebimbangan lain selain daripada ini, jika anda masih terbuka untuk mengadakan perbincangan, saya lebih bersedia untuk bekerjasama dan menyelesaikan perkara bersama-sama.

“Walau bagaimanapun, jika anda merasakan pendekatan undang-undang melalui peguam, tribunal atau cara lain adalah lebih sesuai, saya menghormati sepenuhnya keputusan anda.

“Harap maklum bahawa saya tidak pernah berniat untuk menyebabkan kekecewaan atau kesusahan. 

“Saya memahami kekecewaan yang mungkin anda rasakan, dan saya memberi jaminan bahawa saya melakukan yang terbaik dalam masa yang mencabar ini.

“Saya harap kita dapat menangani perkara ini dengan sabar dan saling menghormati semasa saya berusaha untuk memperbaiki keadaan.

“Kepada mereka yang terus memberi saya masa dan menunjukkan kefahaman dalam tempoh sukar ini, saya amat berterima kasih. 

“Terima kasih, dari lubuk hati saya, atas kesabaran dan belas kasihan anda,” jelasnya

 

 

 

 


Terdahulu, Seri sebelum ini membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan yang menggunakan khidmatnya untuk pakej pelancongan yang membabitkan jumlah sebanyak RM400,000.

Bagaimanapun Seri berharap orang ramai memahami situasi yang dihadapinya ketika ini dan memaklumkan bahawa dirinya sedang berusaha untuk menyelesaikan jumlah hutang yang tertunggak.