Bakal Berkahwin Dengan Orang Korea, Kim Seri Sifatkan Amin Sebagai ‘Penyelamat’ - “Saya Cakap Tak Ada Duit Nak Kahwin, Dia Kata…”

12 Apr 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti  media sosial, Kim Seri berkongsi mengenai bibit percintaannya bersama bakal suami yang berasal dari Korea iaitu Choi Amin.
 

Detik perkenalan dengan bakal suami

Menurut Seri yang kini bermaustatin di Korea Selatan, detik perkenalan mereka bermula sebagai rakan perniagaan.

“Orang tanya kepada saya kahwin dengan Amin di saat saya banyak hutang? Kenapa saya tak bayar dulu hutang?

“Saya belum ada pendapatan untuk bayar hutang dan saya akan mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan Amin.

“Amin berikan saya modal untuk mulakan bisnes supaya saya dapat bayar semula hutang.

“Amin ke hulu ke hilir bersama saya ambil barang, hantar barang, buat pelan bisnes dan lain-lain,” kongsinya menerusi hantaran di Insta Story.
 

Dilamar bakal suami

Jelas Seri lagi, dia kemudiannya dilamar oleh bakal suaminya untuk mendirikan rumah tangga supaya mereka lebih mudah menguruskan perniagaan.

“Saya pernah cakap dekat Amin tak manis kita selalu berdua ke sana ke sini walaupun selalu bincang di cafe.

“Jadi Amin cakap ‘jomlah kahwin’ senang nak uruskan segala hal dan saya pun cakap setuju.

“Saya cakap tiada duit nak kahwin, dia cakap tak apa. Buat majlis seadanya, ringkas dan mana yang perlu sahaja. Terima kasih Allah hantarkan Amin pada waktu yang tepat,” dedahnya.

 

 

 

 

 


Terdahulu, Seri sebelum ini membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan yang menggunakan khidmatnya untuk pakej pelancongan yang membabitkan jumlah sebanyak RM400,000.

Bagaimanapun Seri berharap orang ramai memahami situasi yang dihadapinya ketika ini dan memaklumkan bahawa dirinya sedang berusaha untuk menyelesaikan jumlah hutang yang tertunggak.