
Sebuah firma start-up dari Jepun akan menjadi syarikat swasta yang pertama melakukan pendaratan di bulan sekiranya semua berjalan lancar seperti apa yang dirancang pada malam ini, sekitar 11.40 malam.
Pendarat Haruto-R Mission 1 milik firma ispace akan memulakan penurunan ke permukaan bulan dan akan cuba melakukan soft landing sekitar sejam selepas mengurangkan kelajuan dan melaraskan altitud sekitar 100km di atas bulan.
Pun begitu, kejayaan pendaratan tersebut belum pasti akan berjaya kerana sebuah misi yang sama pada tahun 2019 oleh organisasi Israel menyaksikan pendarat mereka terhempas di permukaan bulan.

Selain itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan ispace, tiga lagi tapak pendaratan telah dikenalpasti dan mungkin akan diubah mengikut kesesuaian mengikut keadaan dan tarikh pendaratan yang lain sama ada 26 April, 1 Mei atau 3 Mei.
Menurut pengasas ispace, Takeshi Kahamada berkata, pihaknya berpuas hati dengan perkembangan semasa dan ianya merupakan sesuatu yang sangat membanggakan selain sudahpun mengambil beberapa catatan penting yang diperolehi dari misi kali ini untuk menambahbaik misi yang akan datang.
Pendarat yang hanya berketinggian 2 meter dan seberat 340 kilogram berkenaan telah mengorbit bulan sejak sebulan yang lalu selepas dilancarkan dari bumi pada bulan Disember.

Setakat ini, hanya pihak Amerika Syarikat, Russia dan juga China sahaja yang berjaya mendaratkan robot masing-masing di bulan melalui program yang ditaja oleh kerajaan masing-masing.
Selain itu, pihak USA dan Jepun juga telah mengumumkan satu pelan usahasama antara kedua negara berkenaan untuk mengantar angkasawan Jepun untuk ke bulan menjelang akhir dekad ini.
Difahamkan, pendarat Hakuto-R Mission 1 ini juga turut membawa beberapa rover bulan, termasuk model kecil Jepun yang bersaiz hanya lapan sentimeter yang dibangunkan bersama oleh agensi angkasa Jepun dengan pengeluar mainan Takara Tomy.
Misi itu juga sedang diawasi dengan teliti oleh Emiriah Arab Bersatu, yang mana Rashid rovernya berada di atas pendarat sebagai sebahagian daripada program ruang angkasa negara berkembang.
Our earliest targeted landing date, Tuesday, April 25, 16:40 (UTC)/12:40 (EST), is approaching! (2/2)#ispace #HAKUTO_R #lunarquest
— ispace (@ispace_inc) April 24, 2023
Negara Teluk itu adalah pendatang baharu dalam ‘perlumbaan’ angkasa lepas tetapi menghantar siasatan ke orbit Marikh pada 2021. Jika rovernya berjaya mendarat, ia akan menjadi misi ke bulan pertama di dunia Arab.
Hakuto bermaksud “arnab putih” dalam bahasa Jepun dan merujuk kepada cerita rakyat Jepun bahawa arnab putih hidup di bulan.
Dengan hanya 200 pekerja, ispace berkata ia “bertujuan untuk meluaskan sfera kehidupan manusia ke angkasa lepas dan mewujudkan dunia yang mampan dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan frekuensi tinggi dan kos rendah ke bulan”.
Pihak ispace juga difahamkan akan mengadakan penstriman langsung pendaratan tersebut yang akan ditayangkan di Youtube.
Our earliest targeted landing date, Tuesday, April 25, 16:40 (UTC)/12:40 (EST), is approaching! (2/2)#ispace #HAKUTO_R #lunarquest
— ispace (@ispace_inc) April 24, 2023
Hakamada telah menggembar-gemburkan misi itu sebagai “asas untuk meluaskan potensi bulan dan mengubahnya menjadi sistem ekonomi yang teguh dan bertenaga”.
Firma itu percaya bulan mempu menempatkan populasi 1,000 orang menjelang 2040, dengan 10,000 lagi akan datang dan melawat setiap tahun.
Dalam masa yang sama, firma tersebut sedang merancang misi kedua, yang dijadualkan pada tahun depan, melibatkan pendaratan bulan dan penempatan rovernya sendiri.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


