Bakal pengantin risau tarikh sama dengan Bella Astillah, Syed Saddiq

5 Aug 2026 • 4:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bakal pengantin risau tarikh sama dengan Bella Astillah, Syed Saddiq

PETALING JAYA – Seorang bakal pengantin meraih perhatian orang ramai apabila merasakan hari pernikahannya mungkin berlangsung pada tarikh sama dengan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq dan penyanyi yang juga pelakon, Bella Astillah (BASS).

Wanita itu berkata, dia berasa tidak sedap hati selepas ‘mengesyaki’ tarikh akad nikah pasangan berkenaan jatuh pada bulan yang sama dengan majlisnya.

Menggunakan profil @Puteriwaheedafaizi di media sosial, wanita itu berkata, dia bimbang jika ahli keluarganya cenderung untuk menyaksikan siaran langsung majlis pasangan popular berkenaan berbanding fokus menguruskan hari bahagianya nanti.

“Aku tak sedap hati la. Aku syak tarikh nikah BASS sama dengan aku, bulan ni. Masalahnya, keluarga aku mesti sibuk nak tengok siaran langsung dia orang.

“Siapa nak uruskan majlis aku kalau semua sibuk tengok siaran langsung nanti,” katanya.

Perkongsian itu meraih sorotan netizen yang turut mengusik wanita berkenaan, namun ada juga tampil ‘meredakan’ keadaan.

“Awak pergi kahwin cepat. Kalau boleh minggu ni,” usik @Hanimhamidi.

“Habislah. Pandai-pandai la urus perkahwinan sendiri ya,” komen @Shopipilalila.

“Bukan bulan ni, jadi awak tak perlu risau okey,” kata @Yxnqkrnyqws. – KOSMO! ONLINE

The post Bakal pengantin risau tarikh sama dengan Bella Astillah, Syed Saddiq appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved