Bakti 42 tahun! KSN sifatkan Azam Baki pencetus reformasi besar dalam SPRM

LocalPolitics
13 May 2026 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memuji kejayaan Azam Baki yang disifatkan berjaya melonjakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah badan penguat kuasa unggul sepanjang menerajui agensi berkenaan.

Pelbagai kejayaan dilaksana Azam Baki

Meneru kenyataan yang dikongdi di media sosial, beliau menyatakan pelbagai kejayaan serta reformasi berjaya dilaksanakan Azam sepanjang 42 tahun perkhidmatannya bersama SPRM.

“Terima kasih dan penghargaan atas perkhidmatan selama 42 tahun dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Banyak kejayaan dan reformasi yang telah dilaksana dalam menerajui SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa yang unggul,” katanya.

Image from: Bakti 42 tahun! KSN sifatkan Azam Baki pencetus reformasi besar dalam SPRM

Sumbangan akan sentiasa dikenang

Shamsul Azri menyatakan jasa serta sumbangan Azam kepada negara khususnya dalam memperkukuh SPRM akan sentiasa dikenang.

“Jasa bakti Tan Sri akan sentiasa dikenang dan semoga terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti selepas ini,” ujarnya lagi.

Image from: Bakti 42 tahun! KSN sifatkan Azam Baki pencetus reformasi besar dalam SPRM

Terdahulu, Azam menamatkan perkhidmatannya dalam SPRM selepas lebih empat dekad berkhidmat dalam agensi antirasuah berkenaan termasuk sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Sepanjang menerajui SPRM, Azam memperlihatkan pendekatan lebih agresif dan moden termasuk pemulihan aset negara bernilai berbilion ringgit selain membongkar pelbagai sindiket jenayah kewangan serta rasuah berprofil tinggi.

Sumber: Facebook Shamsul Azri Abu Bakar