Bakti Terakhir Muhammad Nicklos, Tisu Didermakan Bantu Lapan Insan

LocalHealth & Fitness
15 Aug 2026 • 12:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bakti Terakhir Muhammad Nicklos, Tisu Didermakan Bantu Lapan Insan

Kebaikan yang dilakukan seseorang akan sentiasa dikenang walaupun selepas dia tiada lagi di dunia ini. Seperti penderma organ, jasa mereka kepada insan yang memerlukan akan terus hidup dan menjadi harapan buat penerima.

Untuk pengetahuan, tanggal 13 Ogos merupakan Hari Pendermaan Organ Sedunia.

Bertepatan dengan hari tersebut, Hospital Sungai Buloh, Selangor menjadi antara empat hospital yang terlibat dalam proses pendermaan organ dan tisu yang dijalankan secara serentak.

Image from: Bakti Terakhir Muhammad Nicklos, Tisu Didermakan Bantu Lapan Insan

Bakti terakhir Muhammad Nicklos

Menurut hospital itu dalam satu hantaran di Facebook, Allahyarham Muhammad Nicklos Muhammad Nizam telah mendermakan empat jenis tisu iaitu kornea mata, injap jantung, saluran darah femoral dan kulit.

Ia akan membantu sekurang-kurangnya lapan orang insan bertuah.

Berusia 22 tahun, Nicklos yang merupakan anak sulung daripada enam beradik meninggal dunia akibat kemalangan ketika pulang dari tempat kerja.

Allahyarham mengalami kecederaan otak yang kritikal dan tidak dapat diselamatkan walaupun telah menjalani pembedahan.

Image from: Bakti Terakhir Muhammad Nicklos, Tisu Didermakan Bantu Lapan Insan
Hospital Sungai Buloh Selangor

Dia disahkan meninggal dunia pada 12 Ogos lalu.

"Semoga arwah dicucuri rahmat dan pendermaan ini akan menjadi salah satu asbab arwah ditempatkan di syurga," katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, para petugas kesihatan dilihat memberikan penghormatan Walk of Honour kepada Allahyarham sebelum pembedahan dijalankan.

"Perjalanan terakhir arwah ditemani kakitangan hospital sebagai penghormatan buat insan mulia ini yang mendermakan sebahagian tubuhnya untuk kelangsungan hidup insan lain," kata hospital itu.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diberikan ganjaran yang terbaik di syurga. Al-Fatihah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved