
SIPITANG: Balai Bomba Daerah Sipitang menerima dua bot bersama enjin berkuasa kuda 9HP yang disumbangkan oleh CSR Petronas Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP).
Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu Andree Andrew berkata majlis ringkas penyerahan sumbangan CSR Petronas SSGP itu dibuat bagi kegunaan penyelamat apabila keadaan banjir.
“Selain itu, sumbangan bahan mentah turut diberikan bagi pembinaan dinding kawasan ruang penyimpanan bot, daripada Syarikat Emas Dinamik Sdn Bhd.
