“Balasan Untuk Dia” – Kontra Dengan Song Joongki, Filem Terbaru Song Hyekyo Raih Sambutan Hangat

WorldEntertainment
20 Jan 2025 • 2:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Rasanya, mesti ramai yang dah tahu kan tentang perpisahan antara Song Joong-ki dan Song Hye-kyo pada 7 tahun yang lalu.

Sebelum ini, Song Joong-ki telah menarik perhatian selepas dia dilihat menangis kerana filemnya yang gagal menerima sambutan hangat dari penonton. Ketika sesi sidang media, lelaki itu meluahkan bahawa industri pawagam di Korea sedang bergelut kini kerana kebanyakan filem yang sukar untuk mencapai box office.

Khususnya, ketiga-tiga filem terbaru Song Joong-ki termasuklah “Hopeless”, “My Name Is Loh Kiwan” dan “Bogota: City of the Lost” kesemuanya tidak mampu untuk mengumpul penonton yang banyak, menandakan kegagalan pelakon lelaki itu selama tiga kali berturut-turut.

Namun berbeza pula buat bekas isteri Song Joong-ki iaitu Song Hye-kyo, yang akan kembali dengan filem barunya “Dark Nuns”, bakal menemui penonton di pawagam pada 24 Januari nanti.

Meskipun belum secara rasmi ditayangkan, filem tersebut telah berjaya mengumpul 52,585 tempahan tiket awal setakat 16 Januari, lapan hari sebelum tarikh siaran.

Meninjau di laman X, ramai yang membandingkan populariti mereka berdua selepas berpisah, dan beranggapan bahawa ini adalah balasan untuk Song Joong-ki kerana menganiaya Song Hye-kyo ketika mereka masih bersama sebelum ini.

Malahan, ada juga yang mengungkit kembali bagaimana Song Joong-ki memutuskan untuk bercerai dengan Song Hye-kyo, dengan memalukan wanita itu secara umum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.