Bali arah bekerja dari rumah, kelas online 3 hari

16 Oct 2026 • 9:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bali arah bekerja dari rumah, kelas online 3 hari

DENPASAR – Beratus-ratus penduduk mengadakan tunjuk perasaan membantah kekurangan petrol yang dikaitkan oleh pihak berkuasa dengan gangguan bekalan di Pulau Bali semalam ketika  kenderaan berbaris panjang  selama berjam-jam di stesen-stesen minyak.

Kerajaan tempatan menggesa penduduk supaya bertenang pada minggu ini sambil berkata, terdapat bahan api  mencukupi untuk diagihkan di pulau itu. Bali bergantung kepada bekalan petrol dan diesel yang dihantar melalui kapal.

Sementara itu, barisan  kenderaan  sepanjang lebih 1  kilometer kelihatan  di beberapa stesen minyak di ibu kota wilayah Bali, Denpasar semalam, kata  wartawan AFP, manakala kira-kira 500 orang berhimpun di luar pejabat gabenor.

“Keadaan sangat teruk,  kami terpaksa beratur empat hingga lapan  jam untuk mengisi minyak. Saya cuma berharap tindakan susulan kerajaan akan menjadi jauh lebih baik,” kata pelajar universiti berusia 21 tahun yang menyertai bantahan itu, Adolf Alfino, kepada AFP.

Gangguan bekalan berlaku disebabkan kelewatan agihan selepas sebuah kapal tangki menghadapi masalah untuk memunggah muatannya, demikian menurut syarikat minyak dan gas milik kerajaan, Pertamina.

Kapal tangki membawa lebih 22 juta liter bahan api itu  tiba di Bali Selasa lalu, dengan bekalan dibawa mampu memenuhi permintaan untuk tempoh tujuh hari akan datang, kata Gabenor Bali,  I Wayan Koster.

Bagaimanapun, seorang lagi penunjuk perasaan, Ibram Syahbani meluahkan rasa kecewa kerana kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah itu dalam tempoh dua hari seperti yang dijanjikan.

“Saya sudah cukup bosan dengan situasi sekarang. Saya dan keluarga amat terkesan. Mahu tak mahu, kami kena beratur juga,” katanya  kepada AFP.

 

The post Bali arah bekerja dari rumah, kelas online 3 hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved