Baling Bom Petrol Di Pintu Hadapan Bank, Seorang Lelaki Ditahan Polis Di Sibu

10 Feb 2023 • 2:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek bertindak membaling bom petrol di pintu hadapan sebuah bank di Sibu

Baling Bom Petrol Di Pintu Hadapan Bank, Seorang Lelaki Ditahan Polis Di Sibu. Dilaporkan seorang suspek telah ditahan polis selepas bertindak membaling sebuah bom petrol di pintu hadapan sebuah bank di Sibu.

Kejadian berlaku pada jam 9PM di Jalan Kampung Nyabor yang melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun.

image is not available
Baling Bom Petrol Di Pintu Hadapan Bank, Seorang Lelaki Ditahan Polis Di Sibu

Kejadian dirakam CCTV

Menurut laporan, kejadian terbabit dirakam CCTV yang menunjukkan suspek membaling bom petrol ke pintu hadapan bank BSN dan menyebabkan kebakaran pada pintu terbabit.

Api tersebut berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan pemadaman api. Sementara itu, polis berjaya menjejaki lelaki berkenaan selepas membuat pemantauan pada rakaman CCTV tersebut.

image is not available
Kredit: FB Info Sibu

Polis membuat pemeriksaan ke atas suspek dan mendapati tangannya berbau petrol dan suspek telah mengaku terlibat dalam kes tersebut.

Hasil soal siasat mendapati suspek telah pergi ke bank berkenaan untuk membuka akaun baharu dengan mendepositkan RM200 tetapi suspek tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank terbabit.

Suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk penyalahgunaan dadah. Suspek kini dalam tahanan untuk tindakan selanjutnya.

Lagi di sini: