Rupanya Warga Asing, Lelaki Mengemis Dekat Lampu Isyarat Di Jalan Matang Ditahan Polis

10 Feb 2023 • 1:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Warga asing tersebut ditahan kerana tiadak memiliki dokumen perjalanan sah.

Rupanya Warga Asing, Lelaki Mengemis Dekat Lampu Isyarat Di Jalan Matang Ditahan Polis. Dilaporkan polis telah menahan seorang lelaki warga Indonesia setelah mendapat laporan daripada orang awam mengenai suspek berlegar-legar di hadapan sekolah di Jalan Matang sekitar jam 8.45 malam pada 8 Februari.

Sebelum ini, tular di media sosial video video lelaki tersebut yang berkaki ayam mengjampiri dan mengetuk kenderaan berhenti pada lampu isyarat merah di Jalan Camar.

image is not available
Rupanya Warga Asing, Lelaki Mengemis Dekat Lampu Isyarat Di Jalan Matang Ditahan Polis

Warga asing tersebut telah ditahan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, warga asing itu sebenarnya telah ditahan polis sebelum video tersebut tular.

Semasa penahanan suspek, polis dari unit Kenderaan Peronda Bergerak (MPV) tidak menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang pada suspek.

image is not available

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63

Namun demikian, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan. Oleh itu, pihak polis telah menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Untuk orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubungan kes ini, pihak polis menggesa agar menghubungi balai polis daerah Padawan di talian 082-86233.

Sebelum ini, tular video seorang lelaki berkaki ayam mengetuk kenderaan di lampu isyarat di Jalan Matang: