Bandit mengganas, bunuh lebih 50 orang

26 Oct 2026 • 9:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bandit mengganas, bunuh lebih 50 orang

ABUJA – Angka kematian akibat serangan lelaki-lelaki  bersenjata di sebuah bandar pedalaman di timur Nigeria meningkat kepada sekurang-kurangnya 50 orang, demikian menurut mangsa terselamat dan Amnesty International(AI)  kepada AFP semalam selepas lebih banyak mayat ditemui.

Pihak polis dan AI  berkata,  sebahagian mangsa lemas ketika cuba melarikan diri daripada penyerang.

Kumpulan lelaki bersenjata disyaki bandit (penyamun) itu menyerbu bandar Binnari, negeri Tarabak dan membunuh berpuluh-puluh orang tidak lama selepas solat Jumaat. Mereka juga merompak serta membakar kedai-kedai.

Taraba terletak di antara timur laut Nigeria yang mengalami pemberontakan berpanjangan oleh kumpulan-kumpulan militan dan wilayah tengah  bergolak disebabkan keganasan  kumpulan -kumpulan penjenayah dipanggil bandit.

Didorong oleh wang dan bukannya ideologi politik, bandit di Nigeria menyasarkan kawasan luar bandar yang kurang kawalan  polis untuk melakukan penculikan bagi menuntut wang tebusan dan membunuh.

“Jumaat lalu, kami menemui tujuh mayat selepas bandit menyerang komuniti kami.

“Hari berikutnya, kami menemui 43 lagi mayat di dalam sungai, menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 50 orang,”  kata penduduk Binnari, Bashir Mamuda Musa.

Jumlah korban baharu itu disahkan oleh penduduk lain, Abdullahi Zakari.

“Ramai penduduk, termasuk wanita dan kanak-kanak melarikan diri ke arah sungai. Malangnya, sebilangan mereka lemas,” kata Zakari. – AFP

 

The post Bandit mengganas, bunuh lebih 50 orang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved