Empat lelaki cedera nahas BMW, lori tangki

LocalCars
22 Oct 2026 • 9:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat lelaki cedera nahas BMW, lori tangki

GEORGE TOWN – Empat lelaki cedera selepas kereta BMW yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki muatan minyak di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, dari Perai, awal pagi tadi.

Mangsa terdiri pemandu kereta dan tiga penumpang itu dikejarkan ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 12.13 tengah malam.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta BMW dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak.

“Lima individu terlibat dalam kemalangan itu, dengan empat mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO), manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan turut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.11 pagi.-KOSMO! ONLINE

The post Empat lelaki cedera nahas BMW, lori tangki appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved