
GEORGE TOWN – Mayat lelaki warga emas yang maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, Ayer Itam di sini, pagi tadi dikenal pasti sebagai Wong Kar Lin, 73.
Mangsa merupakan suami kepada Chang Mei Nuo, 68, yang terselamat dalam kejadian itu.
Turut terselamat ialah anak lelaki mereka, Wong Pin Khiam, 35.
Difahamkan, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya tertimbus akibat dihempap tiang konkrit.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) pada pukul 9.10 pagi selepas dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan tanah.
Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat. -KOSMO! ONLINE
The post Tanah runtuh Paya Terubong: Mayat mangsa tertimbus dikenal pasti appeared first on Kosmo Online.






