
WASHINGTON – Wanita Tennessee, Christa Pike berada di hospital hari ini selepas pihak berkuasa ‘gagal’ melaksanakan hukuman mati ke atas dirinya, kata peguam Christa dengan beberapa saksi berkata, wanita disabitkan kesalahan membunuh itu masih bernyawa walaupun disuntik bahan untuk membunuhnya.
Hanya beberapa jam sebelumnya, Mahkamah Agung Amerika Syarikat(AS) memberi kebenaran untuk Christa menjadi wanita pertama menjalani hukuman mati melalui kaedah suntikan di negeri Tennessee, dalam tempoh 200 tahun.
Pegawai jabatan penjara Tennessee tidak mengesahkan secara terbuka hasil pelaksanaan hukuman mati itu, yang merangkumi dua suntikan pentobarbital atau membalas pertanyaan AFP untuk mendapatkan maklumat.
“Negeri Tennessee sekali lagi gagal melaksanakan hukuman mati yang sah dari segi undang-undang.
“Christa sedang dirawat di hospital berdekatan. Kami belum dimaklumkan mengenai keadaannya,” kata peguam banduan itu.
Christa dijadualkan menjalani hukuman mati pada pukul 10.00 pagi (waktu tempatan) di Penjara Keselamatan Maksimum Riverbend, di mana saksi termasuk wartawan hadir untuk menyaksikan pelaksanaaan hukuman tersebut.
Christa berusia 18 tahun apabila dia dan teman lelakinya memukul dan membunuh Colleen Slemmer, 19, di kem latihan pekerjaan untuk belia.
Pembunuhan itu mendapat perhatian rakyat AS selepas mayat Slemmer ditemui dengan ukiran pentagram, yang sering dilihat sebagai simbol syaitan, pada dadanya.
Peguam Pike berhujah, Christa sepatutnya diberikan pengampunan disebabkan usia mudanya dan berdepan masalah kesihatan mental pada masa pembunuhan berlaku.
Gabenor Negeri Tennessee, Bill Lee bagaimanapun enggan campur tangan dalam kes itu. – AFP
The post Banduan hidup selepas jalani hukuman mati appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Penebar roti canai didakwa bunuh anak buah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-11.39.59-1-1024x576.jpeg)