'Bangga dengan awak selalu, memang layak...' Reaksi Bella Astillah undang perhatian, buku Syed Saddiq menang anugerah

LocalEntertainment
24 Apr 2026 • 10:15 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Bangga dengan awak selalu, memang layak...' Reaksi Bella Astillah undang perhatian, buku Syed Saddiq menang anugerah

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini berkongsi berita gembira selepas buku tulisannya, Jalan Tegak memenangi Anugerah Buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Berita berkenaan naskhah istimewa itu dikongsikan Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagram. 

"Buku saya, Jalan Tegak memenangi Anugerah Buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia kategori pilihan pembaca.

"Terima kasih atas undian, sokongan dan keyakinan anda semua," tulisnya.

Image from: 'Bangga dengan awak selalu, memang layak...' Reaksi Bella Astillah undang perhatian, buku Syed Saddiq menang anugerah

Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu berkongsi amalan membaca adalah penting untuk membina bangsa yang berilmu.

"Untuk menjadi negara maju, Malaysia memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Dan langkah pertama itu bermula dengan membaca," titipnya.

Bella menitipkan menerusi ruangan komen sempat berkongsi ucapan tahniah yang paling manis.

Image from: 'Bangga dengan awak selalu, memang layak...' Reaksi Bella Astillah undang perhatian, buku Syed Saddiq menang anugerah

"Alhamdulillah! Bangga dengan awak selalu, tahniah atas anugerah yang diterima hari ini. Awak memang layak.

"Kalaulah saya dapat makan nasi ganja juga," coretnya.

Sekadar info, Jalan Tegak diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkisar mengenai pengalaman beliau menjadi ahli politik Malaysia yang berdepan dengan pelbagai cabaran.