“Bangga Ke Pamerkan Pakaian Mencolok Mata?” – Tudung Singkat, Baju & Skirt Didakwa Ketat, Fesyen Fazura Teruk Dikecam

EntertainmentLifestyle
7 Aug 2025 • 10:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Instagram, baru-baru ini, fan account pelakon, Fazura telah memuat naik satu video memaparkan aktres itu sedang berjalan sambil menggenakan fesyen rona hitam serta tudung warna kelabu.

Namun, hal yang menjadi perhatian netizen adalah baju serta skirt yang dipakai oleh Fazura dianggap terlalu ketat, malah tidak melambangkan imej muslimah yang betul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazura & Fatima FC (@fazurafatima_fc)

Bahkan, ramai juga menegur aktres itu untuk melabuhkan tudung kerana kelihatan tidak senonoh di bahagian dada didedah sedemikian, lagi-lagi baju yang dipakai dianggap ketat.

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah pun meraih lebih 40,000 tontonan daripada pengguna platform media sosial itu.

image is not available 2023-09-21 17:07:26

"Selagi Tak Nampak Betis, Paha, Tudung Labuh.." - Dikecam Pakai Seluar 'Aladdin', PU Riz Selalu Tapis Pemakaian Neelofa