Bangga Kena ‘Block’ Di IG, Netizen Tegur Gadis Sudah 9 Tahun Obses Tengku Ahmad Ismail – “Maksudnya Dia Tengok Profile I Lah Kan?”

EntertainmentLifestyle
4 Sep 2025 • 3:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hantaran seorang individu dipercayai peminat putera ketiga Sultan Pahang, Sultan Abdullah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah telah mencuri perhatian ramai pengguna laman sosial Threads.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun Instagram beliau yang dilihat telah menyekatnya.

image is not available

Individu tersebut mengakui sudah meminati pewaris diraja ketiga takhta Pahang itu sejak sembilan tahun lalu namun tidak kisah kini disekat kerana berasa bangga Tengku Ahmad Ismail sudah ‘tengok’ profil Instagramnya.

Katanya lagi, sebelum ini dia sering menghantar video komedi kepada Tengku Ahmad Ismail namun kali ini individu itu percaya komennya membuatkan beliau menyekatnya.

Dia block sebab I komen dekat latest photo. Sayangi hitam putih (bendera Pahang), yelah I anak Pahang. Tapi dia block lepas komen tu. Tapi I happy, maksudnya dia tengok profile I la kan! Takpelah kena block pun.

image is not available

Ramai pengguna Threads memberi respon dan meminta individu tersebut untuk ‘move on’ dan tidak terlalu obses dengan Tengku Ahmad Ismail kerana beliau bukanlah rakyat biasa sebaliknya merupakan kerabat diraja.

Dalam pada itu, sesetengah netizen menyamakannya dengan Faridah Daud dan berpendapat individu ini perlu mendapatkan bantuan psikiatri kerana dilihat seperti sudah terlalu obses.

image is not available image is not available

Meskipun dikecam dan disindir ramai, individu berkenaan akui tidak terkesan dan menafikan dirinya obses dengan Tengku Ahmad Ismail.

Malah dia juga turut menyenaraikan situasi lain daripada individu lain yang lebih obses terhadap kerabat diraja lebih daripadanya.

Kena block pun I happy weh, sebab nak block kena pergi profile kita kan. I tak kisah, sebab I ni rakyat yang berangan je.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-31 12:42:21

(VIDEO) Wanita Cuba Peluk Sultan Perak, Polis Sahkan Ada Rekod Lampau Dadah & Pernah Jalani Rawatan Psikiatri