Bangkai gajah di ladang kelapa sawit

13 Oct 2022 • 6:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gajah yang ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Berantian, Jalan Merotai-Kalabakan, Tawau.

TAWAU - Seekor gajah jantan ditemui mati di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Berantian, Jalan Merotai-Kalabakan pada Rabu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.

Katanya, sebaik menerima aduan itu, sepasukan kakitangannya bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan awal.

"Kami dapat laporan aduan kematian gajah itu kira-kira jam 4 petang oleh pekerja ladang.

"Pemeriksaan awal terhadap gajah itu tiada kesan luka pada badan dan siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sebelum itu, tular di media sosial Facebook penemuan bangkai gajah di ladang kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved