Bangkai gajah ditemukan hanyut di Sungai Kinabatangan

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 3:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bangkai gajah ditemukan hanyut di Sungai Kinabatangan

KOTA KINABALU: Bangkai seekor gajah ditemukan hanyut di Sungai Kinabatangan dipercayai dibawa arus dari kawasan Lot 5 menuju Sukau.

Difahamkan, penemuan bangkai haiwan itu oleh penduduk setempat pukul 4.30 petang semalam, sebelum maklumat mengenainya disalurkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL).

Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pihaknya mengesyaki bangkai haiwan itu adalah gajah yang dilaporkan sakit beberapa minggu lalu.

“JHL sebelum ini menerima maklumat secara tidak rasmi mengenai seekor gajah sakit, namun tindakan lanjut tidak dapat dilakukan kerana tidak dapat dipastikan kepada pihak mana aduan berkenaan disalurkan,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Sofian, pihaknya hanya dapat mengesahkan keadaan bangkai dan mendapatkan maklumat lanjut selepas anggota JHL tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, usaha membawa anggota ke lokasi berdepan kekangan berikutan masalah kekurangan bot.

“Maklumat mengenai keadaan bangkai gajah itu tidak dapat dipastikan sehingga anggota sampai ke lokasi itu,” katanya. – UTUSAN

The post Bangkai gajah ditemukan hanyut di Sungai Kinabatangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved