
KUNAK: Bangunan baharu pejabat Majlis Daerah Kunak (MDKNK) bernilai RM1,874,700 akan mula beroperasi November ini.
Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Mohd Nazri Pintal berkata premis yang terletak di KM1 Jalan Kunak - Semporna berhampiran Bulatan Udang di sini, yang dibiayai kerajaan negeri, siap sepenuhnya Ogos lepas.
Pejabat sementara Majlis Daerah Kunak ketika ini terletak di bangunan komersial perniagaan di Boheyan Plaza.
“Majlis juga sudah mempunyai bahagian (unit) penguatkuasa termasuk penguatkuasaan undang-undang, rondaan kawasan perkadaran, siasatan aduan awam dan penguatkuasaan operasi yang berkaitan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Sebelum memiliki bangunannya sendiri, Majlis Daerah di sini pernah beroperasi di beberapa lokasi antaranya premis lama bangunan papan Pejabat Daerah, di Kunak Plaza, dan bersebelahan Dewan Masyarakat Sri Kunak.
Majlis Daerah Kunak ditubuhkan pada 1 Jun 1994 mengikut peruntukan Seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah 1961 melalui warta Kerajaan no S.5/1994.
Sebelum itu, Majlis Daerah Kunak merupakan Sub-Bahagian Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) sejak MDLD ditubuhkan pada 1961.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


