
BEAUFORT: Satu pekan baharu bakal diwujudkan di Weston menerusi pembangunan dua blok kedai oleh Perkasa Realty Sdn Bhd yang pembinaannya telah bermula sejak November tahun lalu.
Wakil rakyat Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, sebanyak RM2.7 juta diperuntukan kerajaan negeri bagi pembinaan bangunan dilengkapi 12 unit lot kedai satu tingkat tersebut.
AdvertisementBeliau yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri memaklumkan, pembinaan insfrastruktur di atas tapak berkeluasan 1 hektar berdekatan Pekan Weston itu adalah cadangannya semasa menjadi pengerusi subsidiari Sedco itu sebelum ini.
“Kerja-kerja pembinaan dua blok bangunan kedai ‘Sosio Ekonomi’ ini telah bermula November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 14 bulan iaitu Disember tahun ini.


