Bangunan pentadbiran SK Panudahan musnah terbakar

3 Sep 2026 • 4:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bangunan pentadbiran SK Panudahan musnah terbakar

KUDAT: Bangunan pentadbiran termasuk bilik guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Darickson Galanang berkata bangunan seluas 40x80 kaki persegi itu musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

Katanya, 11 anggota diketuai oleh PBK I John Francis bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.21 pagi.

Bomba tiba pada jam 3.31 pagi selepas menempuh jarak perjalanan sejauh 46 kilometer dan mendapati api telah memusnahkan sepenuhnya bangunan jenis tidak kekal terbabit.

“Operasi terkawal pada jam 4.03 pagi dan tamat pada 6.31 pagi,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved