SK Tambulaong juara pertandingan Boules Sabah 2026

2 Sep 2026 • 6:36 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SK Tambulaong juara pertandingan Boules Sabah 2026

Atlet boules cilik di Sabah diberi ruang untuk meningkatkan prestasi serta kemahiran menerusi penganjuran Pertandingan Boules Peringkat Negeri Sabah 2026, sekali gus membuka peluang melahirkan lebih ramai pelapis untuk diketengahkan ke pentas lebih tinggi.

Pengerusi Penganjur selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tambulaong, Zorimas Mohd. Kudin, berkata, pertandingan yang diadakan sekolah itu, memberi pendedahan serta pengalaman kepada peserta dalam kalangan murid sekolah rendah, selain mencungkil bakat baharu dalam sukan boules.

“Pembabitan murid dalam sukan boules atau petanque bukan sahaja meningkatkan kemahiran permainan, malah membentuk disiplin, ketahanan mental, keyakinan diri serta semangat berpasukan.

“Bakat yang dikenal pasti dapat terus dibimbing dan diasah supaya mampu mencapai tahap lebih tinggi sehingga mewakili Sabah pada kejohanan lebih besar,” katanya pada majlis penutupan kejohanan berkenaan di SK Tambulaong Tuaran baru-baru ini.

Zorimas berkata, pasukan yang menyertai pertandingan itu perlu menjadikan setiap perlawanan sebagai platform untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kemahiran.

“Pasukan yang menyertai kejohanan itu diharap dapat mencapai prestasi tahap tinggi supaya dapat mewakili Sabah pada kejohanan lebih besar di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Kejohanan itu menyaksikan SK Tambulaong, Tuaran muncul juara, manakala SK Kampung Bahagia B, Pensiangan tempat kedua.
Majlis penutupan disempurnakan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji.

Tempat ketigadi kongsi SK Takuli, Beaufort dan SK Kampung Bahagia A, Pensiangan. Pertandingan yang berlangsung di SK Tambulaong itu menghimpunkan penyertaan 10 sekolah dengan keseluruhan 14 pasukan.
Sekolah mengambil bahagian ialah SK Lok Yuk, Telipok; SK Tiong Perungusan; SK Taginambur; SK Ulu Kalabakan; SK Kampong Libang; SK Tungou; SK Kampung Bahagia, Nabawan; SK Pekan Beaufort; SK Takuli dan SK Tambulaong selaku tuan rumah.

Daripada jumlah itu, SK Ulu Kalabakan dan SK Kampung Bahagia, Nabawan masing-masing menghantar dua pasukan, manakala SK Tambulaong menampilkan tiga pasukan. Tujuh sekolah lain masing-masing menghantar satu pasukan.

Majlis penutupan dirasmikan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Mohammad Ghazali Hajiji.

Beliau berkata, sukan boules mempunyai potensi besar untuk terus dikembangkan dalam kalangan murid sekolah di negeri ini dengan sokongan berterusan pihak sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti.-UTUSAN

 

The post SK Tambulaong juara pertandingan Boules Sabah 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved