Bilik guru SK Panudahan musnah terbakar

2 Sep 2026 • 1:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bilik guru SK Panudahan musnah terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus.

KUDAT - Sebuah bangunan menempatkan bilik guru musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan di sini pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.21 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak sejauh 46 kilometer dari BBP Kudat.

"Kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus.

"Operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba dan kolam berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 6.31 pagi selepas pihaknya memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved