Bangunan SK Langkon musnah dalam kebakaran

12 Oct 2026 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bangunan SK Langkon musnah dalam kebakaran

KOTA MARUDU: Sebuah bangunan dua tingkat jenis separuh kekal yang menempatkan bilik guru, pejabat am dan stor Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon di sini musnah dalam kejadian kebakaran pada petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu Debli Momoi berkata 11 anggota bersama sebuah jentera dan sebuah lori tangki air digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.

Menurut Debli, api berjaya dikawal pada jam 7.38 malam sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke bangunan berhampiran.

Sementara itu di Kampung Damai, Mangkalua, di sini, sebuah rumah jenis separuh kekal musnah terbakar kira-kira pada jam 9.00 malam.

Seramai sepuluh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah lori tangki air dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 malam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kedua-dua kejadian kebakaran itu sementara punca kejadian dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved