Warga emas nyaris maut, rumah terbakar 85 peratus

7 Oct 2026 • 11:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas nyaris maut, rumah terbakar 85 peratus
Sebuah rumah jenis kekal berukuran kira-kira 40 x 60 kaki persegi yang didiami warga emas musnah dalam kebakaran - Foto: JBPM Pahang
Image from: Warga emas nyaris maut, rumah terbakar 85 peratus
Anggota bomba sedang memadamkan api di sebuah rumah jenis kekal berukuran kira-kira 40 x 60 kaki persegi di Felda Keratong 04, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin - Foto: JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang warga emas nyaris maut selepas rumah kediamannya di Felda Keratong 04, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, musnah dalam kejadian kebakaran pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.32 petang itu, mangsa berusia 69 tahun bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sebelum menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berukuran kira-kira 40 x 60 kaki dengan anggaran kemusnahan sebanyak 85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

**media[3670065]**

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada tangki jentera sebelum disambungkan kepada aliran hos sepanjang 200 kaki yang mendapat sumber air daripada pili bomba berhampiran.

Menurutnya, pasukan bomba turut menggunakan peralatan Foam Making Branch (FMB) bagi mengawal dan memadamkan kebakaran yang melibatkan timbunan tayar di dalam stor bersebelahan rumah berkenaan.

“Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved