Banjir di Sabah pulih, semua pusat pemindahan sementara ditutup

2 Mar 2025 • 10:36 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA KINABALU, 2 MAC: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir, iaitu di Telupid ditutup pada 8 pagi ini dan kesemua 350 mangsa daripada 102 keluarga yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.

Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid dalam kenyataan berkata semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) selamat untuk didiami.

“Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi dalam JPBD, maka saya mengisytiharkan bahawa semua PPS ditutup 8 pagi … keadaan cuaca pagi ini mendung dan keadaan paras air semakin menurun,” katanya hari ini.

Hujan lebat pada petang Rabu lepas menyebabkan beberapa kampung di Paitan dan Telupid, dua daerah di kawasan pedalaman Sabah, terjejas banjir.

Ekoran itu, beberapa PPS dibuka di Telupid pada malam itu manakala PPS di Paitan dibuka keesokannya, namun ditutup petang semalam kerana banjir semakin pulih.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved