Banjir Diramal Boleh Boleh Berlaku Di Empat Kampung & Kawasan Sekitarnya Di Pasir Mas Awal Pagi 6 Nov

5 Nov 2022 • 2:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Banjir diramal boleh berlaku di empat buah kampung di daerah Pasir Mas awal pagi esok, seawal jam 2 pagi menurut simulasi model ramalan banjir yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lapor BERNAMA sebentar tadi.

Empat kampung berkenaan adalah Kg Kubang Rambutan, Kg. Bagus, Kg. Degung, Kg. Telaga Emas dan kawasan sekitarnya.

Berdasarkan simulasi berkenaan, banjir berkenaan boleh berlaku sekitar pukul 2 pagi sekiranya hujan yang signifakan berlaku di lembangan Sungai Golok. Bagaimanapun, banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat bergantung kepada keadaan semasa di lokaliti tersebut.

Justeru, semua penduduk di kawasan yang dinyatakan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau agens-agensi pengurusan banjir.

Maklumat dan amaran banjir akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook 2PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.