Banjir: Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang setakat 8 pagi

LocalEnvironment
17 Dec 2024 • 8:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang setakat 8 pagi Selasa. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa masih ditempatkan di satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di Segamat, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak.

"Selain itu, hanya stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan berada pada paras amaran dengan bacaan 8.53 meter," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Mersing yang dijangka hujan pagi ini. - Bernama