Situasi banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang

15 Dec 2024 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Banjir di PAHANG hampir pulih apabila hanya empat orang daripada dua keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 11 orang daripada empat keluarga, petang tadi.

Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.

Di JOHOR, jumlah mangsa tidak berubah iaitu 36 orang daripada 11 keluarga, setakat 8 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

“Satu sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan 8.74 meter (trend menurun), manakala Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat (3.34 meter) pada paras waspada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Muar, Mersing, Pontian, Segamat, Batu Pahat, Tangkak dan Kulai dijangka cerah, manakala Johor Bahru, Kluang serta Kota Tinggi diramal mendung malam ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved