Banjir Kampung Melayu Subang bukti Kerajaan Selangor gagal urus bencana

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 6:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir Kampung Melayu Subang bukti Kerajaan Selangor gagal urus bencana

SHAH ALAM: Tragedi empat kali bah dalam bulan ini di Kampung Melayu Subang membuktikan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam urus tadbir negeri.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Dr. Aubidullah Fahim Ibrahim berkata,
Walaupun hampir dua dekad memegang kuasa negeri, isu pengurusan bencana dan perparitan masih gagal diselesaikan.

“Di manakah letaknya kebanggaan slogan ‘Negeri Maju’ dan status kononnya sebagai negeri paling kaya di Malaysia yang mana pada realitinya, pengurusan bencana dan penilaian risiko negeri berada pada tahap yang sangat mendukacitakan, persis tata kelola sebuah negeri mundur.

“Rakyat Selangor sekadar dibuai dengan lambakan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang megah di atas kertas, namun saban tahun terpaksa meredah air bah menyelamatkan nyawa dan harta benda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aubidullah Fahim berkata lebih dikesalkan, kegagalan urus tadbir tersebut mencetuskan trauma berpanjangan dan pihaknya mempersoalkan, apakah tindakan tuntas yang sedang dilakukan oleh Menteri Besar bagi mententeramkan emosi dan keresahan penduduk terjejas.

“Rakyat pada hari ini terpaksa tidur dalam keadaan penuh ketakutan, trauma dan tertekan memikirkan ancaman air banjir yang boleh merempuh masuk secara tiba-tiba.

“Dalam masa yang sama, fikiran mereka buntu memikirkan bagaimana mahu keluar bekerja dan mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarga pada keesokan harinya akibat musibah ini,”katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, krisis bencana perbandaran tersebut telah diburukkan lagi dengan keputusan semberono dan campur tangan politik yang tidak rasional di peringkat Persekutuan.

Tambahnya lagi, pihaknya sekali lagi mendesak Kerajaan Madani untuk bermuhasabah susulan tindakan membatalkan Projek Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM7 bilion pada Disember 2022 yang lalu. – UTUSAN

The post Banjir Kampung Melayu Subang bukti Kerajaan Selangor gagal urus bencana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved