Banjir Kelantan: 90 peratus kawasan Rantau Panjang dinaiki air

27 Dec 2023 • 9:56 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Banjir teruk yang melanda Rantau Panjang, Kelantan susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, kini menyaksikan 90 peratus daripada kawasan di daerah berkenaan dinaiki air.

Menerusi kenyataannya kepada media, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal@Jainal Madasin berkata, beberapa jalan utama ke Rantau Panjang ditenggelami air.

Katanya, paras air direkodkan adalah tinggi dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

image is not available
Zainal@Jainal Madasin berkata, beberapa jalan utama ke Rantau Panjang sudah ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat. - Gambar JBPM Kelantan, 27 Disember, 2023

“Kami juga difahamkan paras air Sungai Golok mencatat bacaan tertinggi berbanding tahun sebelun ini dengan 11 meter, sehingga menyebabkan beberapa penempatanya yang sebelum ini tidak menerima limpahan air turut terjejas.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) paras air dilihat sedikit menurun tetapi semua penduduk dinasihatkan untuk berjaga-jaga.

“Kita bimbang jika hujan masih berlaku selain paras Sungai Jenob di Tanah Merah juga masih di tahap amaran,” katanya.

Begitpun beliau berkata, keadaan masih terkawal menerusi kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain, seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

image is not available
Keadaan di Rantau Panjang, Kelantan yang kini ditelenggami banjir. - Gambar ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara, 27 Disember, 2023

Menurutnya, pihak JBPM Kelantan bersiap siaga 24 jam membantu mangsa banjir bukan sahaja di jajahan Pasir Mas, malah beberapa daerah lain seperti Kuala Krai, Machang dan Gua Musang yang turut dilanda banjir.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah memaklumkan, benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang di Rantau Panjang pecah dengan kelebaran 20 meter (m) akibat arus deras pagi semalam.

Menurutnya, benteng itu berketinggian lebih 10 m, namun air Sungai Golok mencecah 11.03 m. – 27 Disember, 2023