Banjir: Kerajaan pastikan pelajar lancar duduki SPM

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 1:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir: Kerajaan pastikan pelajar lancar duduki SPM

BAGAN DATUK – Kerajaan akan memastikan pelajar-pelajar dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lancar di beberapa negeri terjejas banjir kerana Monsun Timur Laut 2026/2027 yang telah bermula.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbicara dengan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu berkenaan pelajar yang sedang mengikuti peperiksaan SPM.

“Saya dimaklumkan kawasan-kawasan yang dijangka berlaku banjir besar, pelajar-pelajar ini telah dikenal pasti dan akan dipindahkan di sekolah-sekolah yang ada asrama dan mereka mengambil peperiksaan di tempat-tempat berkenaan.

“Lembaga Peperiksaan juga telah bersiap siaga mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Perdana, Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.

Jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyimpan stok bantuan makanan dan juga khemah-khemah pada tahun ini untuk dimobilisasikan.

Berhubung bantuan wang ihsan banjir sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir, Ahmad Zahid berkata, ia akan diteruskan seperti tahun lalu untuk meringankan beban mereka. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir: Kerajaan pastikan pelajar lancar duduki SPM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved