DAP minta PM dedah minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung Najib

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 4:18 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: DAP minta PM dedah minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung Najib

KUALA LUMPUR - DAP telah menyampaikan permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bagaimanapun berkata sebarang langkah untuk mendedahkan minit mesyuarat itu kepada umum tertakluk kepada Peguam Negara serta prosedur penyahklasifikasian yang diperlukan.

Tambah beliau, permintaan yang dibuat DAP itu adalah bagi mencerminkan pendirian parti bahawa ketelusan yang lebih tinggi diperlukan berhubung keputusan yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

“Kami telah menyampaikan permintaan ini kepada Perdana Menteri, tetapi terdapat prosedur untuk menyahklasifikasikan minit mesyuarat itu.

“Sama ada dan bila minit itu didedahkan kepada umum bergantung kepada Peguam Negara,” katanya, lapor NST.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Pada September, Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching meminta supaya minit mesyuarat itu didedahkan kepada umum bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan penuh berhubung pertimbangan dan proses yang membawa kepada keputusan itu.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda berkenaan.

Pada 26 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.

Beliau memfailkan rayuan pada 29 Disember 2025.

Dalam kes sivil pula, Mahkamah Tinggi pada 31 Mac lepas memerintahkan Najib membayar balik USD1.3 bilion kepada SRC International selepas didapati melanggar tanggungjawab fidusiari, menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi, namun pembayaran itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Najib turut berdepan dua lagi saman, masing-masing oleh SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd pada 2021 serta saman sivil USD5.64 bilion oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya, yang masih dalam prosiding mahkamah. –1 November, 2026

The post DAP minta PM dedah minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung Najib appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved