Banjir Kilat Di NKVE, Laluan Setia Alam Ke Shah Alam Ditutup Untuk Semua Kenderaan

LocalEnvironment
2 Nov 2026 • 10:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Banjir Kilat Di NKVE, Laluan Setia Alam Ke Shah Alam Ditutup Untuk Semua Kenderaan

Kedua-dua laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di antara Setia Alam dan Shah Alam, dari KM9.1 hingga KM9.4, ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan kejadian banjir kilat petang tadi.

PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu dilakukan selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat kira-kira jam 6.20 petang akibat hujan lebat.

Image from: Banjir Kilat Di NKVE, Laluan Setia Alam Ke Shah Alam Ditutup Untuk Semua Kenderaan
Kredit: Facebook PLUS

Menurut PLUS, sebagai langkah keselamatan, kenderaan dari arah Subang yang menuju ke selatan akan dilencongkan keluar dari NKVE menerusi Lebuhraya ELITE.

Sementara itu, kenderaan dari arah Bukit Raja menuju ke utara pula akan dilencongkan keluar melalui Persimpangan Bertingkat Setia Alam.

Dalam pada itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat terkini berkaitan keadaan cuaca, banjir dan laluan alternatif menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat berkenaan.

Antara saluran yang boleh dirujuk termasuk akaun X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Mesej Elektronik (VMS), pembantu maya PLUS, PUTRI serta platform media sosial rasmi PLUS.

Selain itu, pengguna turut diingatkan supaya tidak mengambil risiko dengan cuba meredah kawasan banjir kerana air yang kelihatan cetek sekalipun boleh menyebabkan enjin kenderaan terhenti atau kenderaan dihanyutkan arus.

Pengguna juga diminta mematuhi semua papan tanda sementara serta arahan yang diberikan oleh petugas di lokasi.

Baca juga:

Bagi mendapatkan bantuan segera, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine menerusi talian 1-800-88-0000, menggunakan butang SOS dalam Aplikasi PLUS atau mendapatkan bantuan melalui pembantu maya PLUS, PUTRI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved