Banjir Kampung Melayu Subang: Lelaki OKU, bayi antara tiga individu ditempatkan di PPS

2 Nov 2026 • 8:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Kampung Melayu Subang: Lelaki OKU, bayi antara tiga individu ditempatkan di PPS
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada Isnin. - FOTO: Bomba Selangor

SHAH ALAM – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dan bayi antara tiga mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas beberapa kawasan di Kampung Melayu Subang di sini dilanda banjir pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.18 petang.

"Seramai lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati antara kawasan terjejas ialah Lorong Merbau membabitkan kira-kira 30 rumah, Jalan Cengal (tujuh rumah), Jalan Resak (lima rumah) dan Jalan Jati (50 rumah).

"Terdapat mangsa tidak mahu meninggalkan kediaman walaupun telah diarahkan berpindah oleh pihak bomba.

"Seorang lelaki OKU berusia lingkungan 50-an dan seorang bayi ditempatkan di PPS di Dewan Siantan. Maklumat seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti," katanya

Ashrul Riezal berkata, keadaan paras air di lokasi dilaporkan semakin surut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved