Banjir kilat landa beberapa lokasi di Maran

11 Jun 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MARAN - Hujan lebat berterusan beberapa jam pada petang Sabtu telah menyebabkan beberapa lokasi di daerah ini dilanda banjir kilat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Maran dalam satu kenyataan memaklumkan antara lokasi yang terjejas akibat banjir kilat ialah di sekitar bandar Maran dan Kampung Orang Asli Batu 55

Menurutnya, berdasarkan makluman awal sebanyak lapan rumah di kampung terbabit dinaiki air dan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang.

"Agensi penyelamat daerah Maran sedang membuat pemantauan dan mendapatkan maklumat kawasan serta bilangan rumah serta mangsa terjejas," katanya.

Begitupun, difahamkan air di lokasi yang terjejas telah surut sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved