Banjir Nepal: ‘Hari ke-19 tanpa khabar berita Zaki, Adib, Muhaimin’

13 Sep 2026 • 10:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: ‘Hari ke-19 tanpa khabar berita Zaki, Adib, Muhaimin’

GEORGE TOWN – Keluarga pendaki Malaysia, Muhammad Zaki Othman, 29, yang masih hilang ekoran banjir dahsyat di Nepal pada 26 Ogos lalu masih menaruh harapan menerima berita positif mengenai adik mereka.

Kakak Muhammad Zaki meluahkan harapan itu menerusi hantaran dalam status WhatsApp yang dimuat naik malam tadi.

Harapan itu turut diberikan kepada dua lagi rakan Muhammad Zaki iaitu Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi dan Muhammad Adib Haikal Awang Mansor masing-masing 27 tahun agar mereka dijumpai dalam keadaan selamat.

“Hari ke-19 tanpa khabar berita. Kami di sini (Malaysia) sentiasa mendoakan adik Zaki, Adib dan Muhaimin dalam keadaan selamat dan berada dalam lindungan-Nya. Still hoping for positive news (Masih mengharap berita baik),” tulisnya.

Turut disertakan gambar ketiga-tiga pemuda tersebut dipercayai dirakam sebelum mereka memulakan aktiviti pendakian di Nepal.

Semalam, Kosmo! melaporkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijangka pulang ke Malaysia sama ada semalam atau hari ini selepas menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana di sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, tindakan seterusnya akan ditentukan selepas laporan dan penilaian dibuat oleh Smart dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Muhammad Zaki bersama Muhammad Muhaimin dan Muhammad Adib gagal dihubungi ketika melakukan aktiviti pendakian di Langtang Valley, Nepal, lebih dua minggu lalu.

Mereka dipercayai berada di kawasan berkenaan ketika banjir kilat dan tanah runtuh melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan firasat bapa Muhammad Zaki kuat mengatakan yang anaknya masih berada di puncak gunung Nepal bersama dua rakan baik dan mereka hanya terputus komunikasi. -KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: ‘Hari ke-19 tanpa khabar berita Zaki, Adib, Muhaimin’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved