Banjir Nepal: Taklimat bersama keluarga mangsa hilang diadakan esok - Mohamad

29 Aug 2026 • 9:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir Nepal: Taklimat bersama keluarga mangsa hilang diadakan esok - Mohamad
Mohamad

SEREMBAN - Satu sesi pertemuan dan taklimat akan diadakan esok bersama dengan keluarga rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan susulan banjir kilat dahsyat dan insiden tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, taklimat itu melibatkan Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara dan agensi berkaitan untuk memberikan penerangan lanjut mengenai usaha mengesan serta mencari mangsa yang dikategorikan sebagai hilang.

Beliau berkata, Wisma Putra juga bersedia menguruskan perjalanan keluarga terlibat ke Nepal sekiranya perlu namun akses ke lokasi bencana adalah sukar berikutan masalah perhubungan termasuk jambatan yang terputus.

"Banyak juga yang dulu dikategorikan hilang tetapi telah dapat dihubungi... pihak negara China turut memaklumkan ada beberapa orang di sebelah sana dapat dihubungi namun belum dipastikan kerakyatan mana,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Taman Kelab Tuanku, Mamba, di sini hari ini.

Mohamad berkata, bilik operasi kementerian beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan rakyat Malaysia yang terjejas, dan Wisma Putra berhubung rapat dengan Kementerian Luar Nepal serta agensi berkaitan untuk mendapatkan perkembangan lanjut.

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di Kathmandu turut menerima tambahan petugas bagi membantu menguruskan keperluan berkaitan rakyat negara ini dan keluarga mereka yang masih belum dapat dikesan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved