Banjir Nepal-Tibet: Masfih jumpa PM, kemuka sembilan cadangan

20 Oct 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal-Tibet: Masfih jumpa PM, kemuka sembilan cadangan

PETALING JAYA – Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi membantu mereka yang terus dibelenggu ketidakpastian sejak 56 hari lalu.

Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (Masfih), Dr. R. Manivannan berkata, pihaknya mengalu-alukan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini bagi membincangkan nasib keluarga mangsa yang masih hilang.

Beliau berkata, pihaknya turut menyerahkan kertas cadangan setebal 29 halaman yang menggariskan sembilan keutamaan bagi menyelaras bantuan kemanusiaan, urusan perundangan, kewangan dan diplomatik.

“Bagi keluarga yang sudah 56 hari hidup dalam ketidakpastian, peluang untuk menjelaskan sendiri pengalaman dan kesukaran dihadapi kepada Perdana Menteri amat bermakna.

“Kami berharap pertemuan ini akan diterjemahkan kepada tindakan nyata untuk semua keluarga terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manivannan berkata, Perdana Menteri memaklumkan beliau sudah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Nepal mengenai situasi berkenaan.

Katanya, pemimpin Nepal itu menyatakan hasrat untuk mempercepatkan proses perundangan berkaitan individu hilang serta membantu keluarga terlibat.

Anwar turut memaklumkan bahawa beliau meminta Jabatan Peguam Negara berhubung dengan kerajaan Nepal bagi membincangkan perkara berkaitan prosedur dan perundangan.

Selain itu, dua cadangan iaitu pelantikan penyelaras kebangsaan serta bantuan kewangan kemanusiaan sekali bayar daripada Kerajaan Persekutuan kepada semua 54 keluarga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal-Tibet: Masfih jumpa PM, kemuka sembilan cadangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved