Banjir, tanah runtuh kembali melanda Nepal

WorldEnvironment
28 Sep 2026 • 7:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir, tanah runtuh kembali melanda Nepal

KATHMANDU – Hujan lebat membunuh 14 orang di Nepal dan sekurang-kurangnya 56 lagi di India serta mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan beribu-ribu penduduk, lapor laman berita The Vibes hari ini.

Di Nepal, pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan banjir kilat di 49 daripada 77 daerah di negara itu dengan paras air sungai-sungai utama terus meningkat.

Agensi berita antarabangsa memetik  jurucakap Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Negara, Shanti Nahat  berkata,  Rasuwa dan Nuwakot  yang terjejas akibat banjir dahsyat yang mengorbankan lebih 1,450 orang dengan ribuan lagi masih hilang pada bulan lalu harus kekal waspada walaupun tidak dianggap kawasan berisiko tinggi pada masa ini.

Bekalan elektrik terputus sepenuhnya di daerah Manang, Mustang, Myagdi dan Baglung, dengan pihak berkuasa berusaha untuk memulihkan kuasa, kata pegawai Kementerian Tenaga.

“Banjir di Sungai Rahuganga merosakkan struktur dan menara talian penghantaran projek hidroelektrik 40 megawatt,” kata Menteri Sumber Air dan Tenaga Biraj Bhakta Shrestha.

Banjir dan tanah runtuh turut mengganggu telekomunikasi di beberapa bahagian di Nepal selepas gentian optik dan bekalan elektrik rosak, kata Menteri Komunikasi Bikram Timilsinha pula. — AGENSI

The post Banjir, tanah runtuh kembali melanda Nepal appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved