Bank Islam Akan Tamatkan Perkhidmatan “Go” Dan BankIslam.Biz Berkuat-kuasa 28 Jun 2025

TechnologyDigital
4 Jun 2025 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bank Islam hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi perbankan mudah-alih lama mereka, iaitu GO by Bank Islam, dan juga perkhidmatan perbankan internet BankIslam.biz berkuat-kuasa 28 Jun 2025.

image is not available

Langkah ini diambil selari dengan fokus Bank Islam pada perkhidmatan baharu mereka, BIMB Mobile dan juga perkhidmatan BIMB Web yang telah diperkenalkan pada November 2024 yang lepas. Ia dikatakan sekitar 90% telah beralih ke platform perbankan baharu.

Bagi pengguna yang masih menggunakan GO atau perbankan BankIslam.biz, diminta beralih ke versi baharu secepat mungkin, sebelum perkhidmatan berkenaan ditamatkan pada 28 Jun 2025 kelak.